Translate

Selasa, 26 Februari 2013

JABATAN PENJARA MALAYSIA



Penjara adalah berbeza dari institusi atau organisasi yang ada dalam masyarakat moden. Perbezaan bukan sekadar dari penampilan fizikal, malahan ianya merupakan satu tempat di mana satu kumpulan pekerja yang terlatih berkhidmat untuk mengurus dan menjaga satu kumpulan manusia yang bergelar "banduan/tahanan/juvana". Kumpulan kedua ini tidak datang secara rela, malah mereka dipaksa masuk dan dihalang dari meninggalkan kawasan penjara oleh pengawal, tembok dan pagar. Dalam erti kata lain, pihak pengurusan Jabatan Penjara tidak boleh memilih pelanggan dan tidak mempunyai kuasa untuk membebaskan mereka. Banduan/ tahanan/penghuni harus hidup mengikut peraturan yang ditetapkan dan pergerakan mereka adalah amat terkawal. Dalam konsep kepenjaraan masa kini, penjara merupakan tempat di mana banduan akan ditahan, dikawal dan menjalani pelbaga aktiviti pemulihan sehinggalah tarikh mereka dibebaskan. Masyarakat harus menyedari bahawa falsafah kepenjaraan itu merupakan satu ukuran ketamadunan bagi kehidupan sesebuah masyarakat sesebuah negara. Jabatan Penjara Malaysia adalah institusi terakhir dalam perlaksanaan "Criminal Justice System", dan bertanggungjawab kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Jabatan Penjara Malaysia berkhidmat kepada masyarakat dengan menahan mereka yang dihukum oleh mahkamah.Tugas Jabatan Penjara ialah mengawal mereka dengan penuh perasaan perikemanusiaan dan membantu mereka menjalani kehidupan yang berfaedah serta mematuhi undang-undang semasa dalam tahanan dan selepas dibebaskan. 



Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka adalah institusi menempatkan pesalah-pesalah Juvana dibawah Jabatan Penjara Malaysia. Ianya yang menghadap Selat Melaka meliputi kawasan seluas 38 ekar terletak di KM 10 jalan Melaka – Muar. Kapasiti sekolah ini boleh menempatkan 600 hingga 800 orang penghuni.
Nama Sekolah ini diambil sempena nama Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya pada ketika itu, iaitu Sir Henry Gurney, yang telah merasmikan sekolah ini pada 18 Julai, 1950.

Sekolah ini pada asalnya ditadbir mengikut model BOSTAL SYSTEM yang diamalkan oleh beberapa institusi penjara di England. Walau bagaimanapun, sistem ini telah diubahsuai mengikut keperluan semasa.

Gambar ini di ambil ketika Sir Henry Gurney membuat 
lawatan ke Sekolah Henry Gurney Melaka.



RESURGAM perkataan Latin adalah motto sekolah ini yang bermaksud I WILL RISE AGAIN “ atau “ SAYA AKAN BANGKIT KEMBALI “. Ianya melambangkan seekor burung yang cuba berusaha melepaskan diri dari api yang marak yang membawa maksud Juvana yang ditahan disini dapat kembali dengan kehidupan yang lebih sempurna disisi masyarakat.                                                        



          

 RESURGAM

 Perasmian Bangunan Baru Sekolah Henry Gurney Melaka telah di sempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob  Gabenor Negeri Melaka pada 30 November 2009.



NAMA PENGARAH-PENGARAH SEKOLAH HENRY GUR NEY MELAKA


Sekolah Henry Gurney Melaka


1   Ditubuhkan di bawah seksyen 38, Akta Mahkamah Juvana 1947.   
             (Pindaan seksyen 73 Akta Kanak-Kanak 2001)

2   3 Buah Sekolah Henry Gurney di Malaysia
             1.  Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka .
             2.  Sekolah Henry Gurney (W) Kota Kinabalu,Sabah.
             3.  Sekolah Henry Gurney Keningau ,Sabah .

3   Sehingga tahun 1990, ada 3 buah Sekolah Henry Gurney di Melaka .

             1.   SHG II, Banda Hilir ditutup pada 1990  dijadikan Penjara Reman  dan kini telah di jadikan Muzium Penjara

              2.  SHG DDM ditutup pada 13 Januari, 2003 DDM – Kem Pra Bebas 

PERATURAN DAN PERUNDANGAN

1   PERATURAN SEKOLAH HENRY GURNEY 1949  (L.N.616/1949).
2   AKTA KANAK-KANAK 2001 (AKTA 611) – Seksyen 130, Pemansuhan Akta Mahkamah Juvana 1947.
3   Seksyen 74, Akta 611 - Kanak-kanak di bawah umur 14 tahun tidak boleh dihantar ke   
      Sekolah Henry Gurney.
4   Seksyen 76, Akta 611 – Kuasa berkenaan dengan orang yang berumur 18 tahun tetapi di  bawah umur 21 tahun.
            Perintah Tetap Ketua Pengarah Penjara Malaysia.

Visi

Menjelang tahun 2015 Sekolah Henry Gurney, Telok Mas akan menjadi pusat kecemerlangan pembentukan insan dari segi akademik, vokasional, kerohanian, sukan dan ko-kurikulum yang berupaya menghasilkan remaja yang memiliki pengetahuan dan kemahiran yang berguna serta sikap positif yang berteraskan nilai-nilai murni agar mereka dapat kembali menjadi warganegara yang berguna dan setia pada negara.



Misi
Membentuk remaja yang berkeperibadian tinggi berasaskan akhlak yang mulia , berkemahiran tinggi dan berpengetahuan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan